:- Bingkisan Kasih Buatmu Muslimah -:

Selasa, November 17, 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Entri kali ini khaaas untuk kaum saya..kaum Hawa seperti yang sy janjikan sblm ini..:)..Selamat bertemu kembali dengan anda, wahai saudariku!.. Salam penuh kerinduan buat sahabiah muslimat yang kusayangi, harap kalian semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Al-Khaliq, dipermudahkan di dalam segala urusan dan dijauhkan daripada azab api neraka.

Anda insan paling bertuah!
Anda semua, wahai saudariku...para muslimah yang sudah tentu andalah yang paling bertuah..Mengapa?..Mari kita renung semula sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, tiada penghormatan walau secebis dari kaum Adam. Tapi kini, bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia. Islam menobatkan wanita pada kedudukan yang tinggi tanpa sedikit pun penghinaan. Meletakkannya sebagai bidadari syurga atas segala keistimewaan miliknya selama ia dipelihara. Islam meletakkan wanita sesuai dengan fitrah kewanitaannya. Statusnya di sisi Allah tdk ada kurang atau lbhnya dengan mana2 lelaki. Cuma dari sudut kehidupan dunia, syariat menggariskan beberapa perbezaan antara lelaki dan wanita yang mesti diakui. Ini berdasarkan kpd fizikalnya, fitrah dan nalurinya. Semuanya itu untuk menjaga kemaslahatan wanita dan lelaki itu sendiri.

Anda insan hebat!
“Tangan yang menghayun buaian itu, tidak mustahil bisa menggoncang dunia”, “ If the women does not want to be mother, nation is on its way to die”. Begitulah antara ungkapan2 yg lazimnya didengari. Era kepimpinan wanita telah bermula seawal ribuan thn yg lalu. Dari Cleopatra, Ratu Balqis sehinggalah Joan of Arc, dunia tdk pernah ketandusan dgn kuasa wanita yg bisa mengubah dunia. Namun, sifat wanita yg terkenal dgn daya sensitifnya yang tinggi dan hatinya yang ibarat sponge yg mudah menyerap segala molekul samada yang positif berupa nasihat dan teguran mahupun yang negatif berupa kutukan dan cacian..menjadikan wanita kdg2 hilang pertimbangan. Itu bererti wanita ini jiwanya amatlah lembut dan halus.

Kejamnya mereka!
Amatlah kejam bagi mereka yang sengaja membuat wanita ini terhiris dan menangis kerana kesedihan dan kemurungan yang dialami tdk bisa dirawat dalam masa yang singkat, malah mungkin seumur hidupnya hatinya terus terluka walaupun parut yang ditinggalkan hanya akan berdarah kembali jika disentuh semula. Semua itu membuatkan wanita itu semakin lemah dan tidak mampu menaikkan potensi dirinya walhal, potensi diri wanita amatlah hebat sekiranya ia digilap dan dididik dengan cara yg betul.Sekiranya dirinya disuntik dengan iman dan taqwa dan kiranya semangat mujahidah diterapkan setiap saat dan ketika. Ah..begitula ceritera wanita yang kadangkala sukar difahami kerana uniknya kejadian mereka. Bukankah wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau?.

Istimewa untukmu!
Saya baru sahaja usai membaca buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia karangan Dr ‘Aid Abdullah Al-Qarni.. yang cuba menyeru kaum wanita supaya sentiasa bahagia dengan agamanya, gembira dengan keutamaan Allah atasnya, bersuka cita dengan nikmat yang dimilikinya. Buku ini bak senyuman atau angin sepoi2 bahasa, membawa khabar gembira kepada siapa sahaja yang merasa sempit dadanya, bertindih2 kesusahannya dan semakin bertambah kesedihannya. Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah.

Berjanjilah dengan diri anda bhw dlm setiap saat satu pujian, setiap minit satu gagasan dan setiap jam satu tindakan. Sy pernah mengalami kelemahan jiwa yang paling hebat dalam hidup sy. Yang hampir membuatkan diri saya tak keruan..kesihatan yang sering terjejas. Air mata tak pernah kering dari pelupuk mata..justeru, saya tdk mahu saudariku yg amat kusayangi juga mengalami hal sedemikian. Sy tahu, setiap org punya perjalanan hidup yang sukar dimengertikan oleh org lain.

Bangkitlah...Bangkit Wahai Saudariku!
Bangkitlah wahai saudariku!..bangkitlah mengubati jiwa yang lara. Usahalah sebaiknya untuk mencipta kemajuan dirimu. Tinggalkan segala gundah dan lara itu sebagai rencah kehidupan yang terpaksa kau jalani. Lupakan apa sahaja yang menyesakkan dadamu dan kembalilah pd agamamu. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya dan Senyumlah - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Aduhai..banyaknya dosa2ku..
Saudariku, andai kau bersedih kerana dosa-dosamu, ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat. Jadikan semua itu sebagai jambatan utk kau menjadi lebih baik dari sebelumnya bukan semakin lemah!.Marilah, hulurkan tanganmu bersamaku untuk kita mengejar cinta Rabb..sungguh! sy tak mahu anda keseorangan menyesali dosa-dosamu dan mencari jln menuju cahaya sendirian seperti saya dahulu yang pernah ditinggalkan keseorangan terkapai2 mengutip sisa semangat yg hilang. Krn sy bimbang, anda tak kuat..krn perubahan itu perlukan bimbingan dan dorongan.
Apa yang perlu kulakukan?
Jika kesedihan bertandang, perihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai. Sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menantimu. Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikuniakan kepada anda. Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat segala keinginannya. Ingat saudariku..jgn letakkan dunia di hatimu tetapi letakkanlah ia ditanganmu spy mudah kau mengawalnya.

Renungkanlah..
Renungkan wahai saudariku, adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?. Berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan. Yakinlah..anda sebenarnya cukup hebat..hebat jika meninggalkan kesedihan itu dan menggantikannya dgn semangat pengislahan diri yg jitu dan mantap. Jika dulu anda dizalimi.. siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda. Ketahuilah, setiap perbuatan akan ada balasannya dari RabbMu, justeru mengapa kita yg ingin menghukum?..serahkan semuanya kepada Dia untuk membalasnya. Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya, jangan peduli setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.

Untuk akhirnya, ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda merasa takut. Tetapi jika anda memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap. Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga.

-Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah spt menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tdk terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar lebih dahulu-
- Berfikir positiflah nescaya anda akan menjadi seorang wanita yang cantik-

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images